cuba klik sikit ;]

Feb 29, 2012

integrity~

gooogle saje-


"nah kakak,pakai pen ni.mama amik dekat pejabat mama,jadi kakak tak payah susah-susah nak beli pen baru..pen ni pun mama dah isi ink penuh dah dengan ink kat pejabat mama"

"bang,saya nak pakai touch and go abang punya bolehkan?lagi pun bukannya awak yang bayar,betul tak?company abg yang bayar..saya pakai sikit je,bos abg tak perasan lah!"

"along,hari ni daddy hantar along pergi tusyen pakai kereta syarikat daddy taw.lagi pun syarikat daddy yg support duit minyak semua sebab daddy nak pergi outstation next week"

"papa,adik nak pakai phone papa boleh tak,sebab adik nak telepon member ajak pergi dinner..alah,papa bagi je lah..kan phone tuh semua billnya company papa yg tanggung?alahh adik pakai rm4 je,tak kan tak boleh?



and so on~


aku tak nak cakap banyak,tapi ini realiti,dan sentiasa jadi dalam hidup kita..aku nak katerlah kan.fasiliti yg company bagi tuh bertujuan untuk memudahkan kita untuk bekerja bukannya untuk kegunaan WHOLE family kita,so fikir-fikir kan lah?memang lah kita amik sikit atau pakai sikit je,tapi cuba kita banyangkan,kalau satu company kita fikir dan buat macam yang kita buat,tak ke lingkup company kita?ohhhh~dan lagi satu,cuba bayangkan,kita macam ambil hak orang dan ibarat mencuri..CURI?tahu tak apa hukum dye?berDOSA kot!walau tak siapa pun tahu,tapi ALLAH tahu lah der!sanggup kita ambil duit org ramai dan beli benda untuk kepentingan kita sendiri?ohh tidak-

oh yeah,tapi Alhamdulillah,tak semua orng yg kerja dekat office buat macam tuh dan masih ada lagi yg telus..aku harap ,bila kita semua dah kerja nanti dan kalau kita bekerja dengan orang,jangan lah buat macam ni kan?boleh tak?

oh yeah,aku BANGGA gila,sebab ayah aku penoreh getah,dan ayah aku takkan amik touch and go,pen,bill telepon dan segala bagai duit company..ayah aku kerja sendiri dan insyAllah halal..siapa-siapa yang ada ayah dia bekerja sebagai penoreh getah,jomlah kita bangga besar-besaran dan jangan jadi macam cite melayu yg ramai malu tak nak mengaku ayah dye penoreh getah-ntah pape ntah orang tuh..jadi sesiapa yang pernah mengalami situasi seperti ayat-ayat berwarna diatas,bolehlah nasihatkan org-org tuh sebelum terlambat :) maaf yeah kalau aku ada salah cakap,ikhlas dari lubuk hati aku yg terdalam-


p/s:Dari maksud yang didapati dari Kamus , integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll.
guide us to the straight path,ameen :)

No comments:

Post a Comment