cuba klik sikit ;]

Aug 15, 2012

cuti dan raya dan sebagainya :D



haha,belum raya dah heboh tajuk macam nak raya,mueheheh :D

okay,raya semakin menghampiri,tapi assingment chemistry aku tak siap-siap jugak..cuti aku yg baru bermula ni pun aku rasa macam dah nak ke penghujung..UPS aku punya result aku tak tahu,dan hanya mampu ku titipkan khabar dan salam (apakaah?) dan masa depan aku serah bulat-bulat dekat Allah,sebab aku betul-betul blur sekarang,serious -,-'

jadi untuk semua kawan-kawan serata dunia,juga untuk diri sendiri..

APA YANG KITA DAH BUAT UNTUK LAILATUL QADAR?

yeah,aku tak tahu bila lah malam tu kan?tak taw lah dah lepass lamaaaaaaaa dahh,atau pun belum jadi lg..itu semua kerja Allah kan?kan?tak kesah lahh bila-bila pun,tapi apa je kita dah buat masa ramadhan ni?adakah lebih kepada nak sambut raya,atau pun...?yeee,aku pun samaaa jeee kdg-kdg..

cuba tanya diri sendiri.tahun ni puasa apa macam?penuh ke tak?yg perempuan of coz lah,tapi yg lelaki?macam mana pulak dengan teraweh?pernah tinggal?atau adakah kita sebok mencari lailatul kamdar?huhuhu ni semua persoalan yg aku lontar kan kat diri aku juga,si insan yg lemahh ini,huhuhu..

kalau kita sanggup stay up,tak tidur masa UPS,mcm gila study physics ngan math,sebab dua-dua subjek pembunuh ni jatuh pada masa yg sama,kenapa tak niat sebab nak qiam sekali?kenapa?KENAPAAAA?
lepas habis je exam biology,untuk budak-budak modul 1,dan lepas je habis exam sains com untuk budak modul 2 mcm aku ngan modul 3,semua hooray hooray sakan..tengok movie setengah mati sebelum balik..ada pulak yg tidur,sampai tak bangun-bangun..lepas tuh ada yg niat mcm ni "balek nanti,aku nak tengok hindustan,korea ngan semuaaaaaaa cerita shaheizy sam yg aku tak tengok lg"..amboi amboi amboi..sikit pun tak ada niat "aku balek ni tak nak tinggal teraweh lahh,,pas tu nak qiam ngan adik beradik aku,pas tuhhh nak tolong siapkan sahur ngan lauk bukak pose sepanjang ramadhan yg berbaki ni"..ye,same jugak lahh dengann aku yobb :'(


jadi ,untuk 3 hari yg berbaki ni,guna lahh sebaik-baiknyaaa,sebab apa tau?sebab puasa setahun sekali je,tak ada dua tiga kali..raya berkali-kali okay..raya aidilfitri,raya haji,raya cina,dan pelbagai lagi raya yg boleh kita sambut selagi tak ada kaitan dengan sesuatu agama tersebut :D



haha,abaikann abaikann gambor ini,ni untuk kawan aku yg tiba-tiba angau sengau,hehe


p/s: maafkan aku,aku terlalu gian nak menaip,sampai panjang sangat pulakk kali ni,hehe :)

guide us to the straight path,ameen :)

No comments:

Post a Comment