cuba klik sikit ;]

Feb 3, 2013

Sirap bandung o,0

 
perghh,sedapp gilaaaaaaa T_T



back then,when I was a young girl,around 5 years-standard 2,aku suka order air ni kat kedai makan,,bila ibu aku tanya aku nak  air apa,aku akan cakap "ohh,angah nak air pink (seriously gedik gila)"..dan ibu akan balas "oh,sirap bandung"..dan aku akan jadi pelik..apahal pulak sirap?bukanke sirap kalernya merah?dah tu kenapa bandung lak?mee bandung aku tahu lah-tapi aku buat tak port jee,dan tak ambil serious..bila air 'pink' dah sampai,aku bedal je lah tanpa melihat ke kiri dan ke kanan..

satu hari masa tu aku darjah 2..aku kat rumah wan aku kat rembau..masa tuh,aku ngan kakak aku teringin gila nak minum sirap..tapi ibu aku tak ada,dia keluar ngan ayah aku gi kedai..so,tinggal lah aku,along,mardhiah dan wan..tapi wan masa tuh kat luar rumah,so we decided to make the sirap by our own..masa tuh,aku dah tuang dah kordial sirap tuh dalam jag,tapi tak jumpa gula,sebab gula dah habis..jadi,along pun suruh letak susu,supaya rasa manis kan..sebab,selalunya buat milo kalau tak ada susu kita ganti dengan gula,jadi kitorg pun rasa method ni macam berkesan..

tapi,lepas menuang kan susu,tiba tiba sirap tuh bertukar jadi PINK! (perlu ke terkejut?haha)..
aku rasa masa tuh,macam dah buat satu penemuan yg sangat membanggakan,haha..bila ibu aku balik,aku terus cerita kat ibu aku..lepas tuh,ibu aku buat muka tak terkejut pas tuh ckp "memang lah cam tuh nak buat sirap bandung pun,sebab tu namanya sirap" ..okay,aku baru tahu masa tuhh.hehe

selepas penemuan yg membanggakan tuh,aku pun rasa sangat excited,dan selalu buat air tuh kat rumah,sampai rasa bosan bosan dan bosan..naik darjah 3,sirap bandung bukan lagi kegemaran,sebaliknya air milo ais yg jadi santapan,hahaha

maaf,entry kali ini tiada motif yg jelas,namun apa yg aku cuba sampaikan,jangan takut nak mencuba benda baru (pfffft,ada kaitan ke?macam tak je,hahaaa)

p/s: kawan,aku rindu kau weh,seriously aku dah maafkan kau,lama dah :')

guide us to the straight path,ameen :)

No comments:

Post a Comment