cuba klik sikit ;]

May 9, 2013

La La La La La La Hari-Hari Kerja :D

hai,saya Nurul Sakinah binti Kamarudin,
dan juga dikenali sebagai Kiden :)  huh,dikenali ke?haha





erm,dalam firasat aku,dah lamanya rasanya tak update blog,eleh padahal baru je update semalam..ye lah tapi semalam update benda merapu -,-'

okay,seperti yg anda semua sedia maklum,semua pelajar MATRIKULASI sesi 2012/2013 seluruh Malaysia telah menamatkan sesi mereka pada 30 April yg lalu,jadi sama lah macam aku,memandangkan aku jugak BEKAS pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan..tapi resultnya masih tak keluar,dan memberi aku kecuakan yg abadi,hhuhhuhu..


jadi,bagi cuti yg aku rasa agak panjang ni,aku rasa lebih baik aku kerja,carik pengalaman tuh ayat skema,tapi kalau ayat dalam hati,aku nak cari duit sikit,huhuh..dan Alhamdulillah,aku berjaya dapat kerja kat Family Stores Taman Seremban Jaya,fasa 10 sebagai cashier..jadi sesiapa nak jumpa saya,silalah kesana seperti mana Azah dan Amalina pernah datang dan memberi lambaian,dan membuatkan aku rasa seperti di awang-awangan (eh encik awang?)

dan bermulah lah kerja aku,tepat-tepat pada 3Mei 2013 :)

pergi pukul 8.30 pagi..sampai-sampai je aku kena punch card..pastuh kena susun rak roti,mop sapu,susun troli,susun bakul-bakul..lepas tuh aku kena bukak kaunter..kira duit cukup ke tak..lepas tuh,aku kan BERDIRI dalam masa yg agak panjang,sebab dari pukul 9 sampai 12.00 ialah waktu kakak-kakak,mkcik-makcik,abang-abang,pakcik-pakcik suka shopping..so memang penat wehh..bila org dah reda,baru boleh duduk kejap,dan minum seteguk dua,huhu

bila pukul 1.00 pm aku rehat sampai 2.00 pm,dan ianya detik-detik dalam hidup aku,seriously bak ang~

pukul 2 masuk balik,dan aku harus balik ke rumah pada pukul 5.30 ptg..biasanya lepas pukul 2 org tak ramai,so aku akan tutup kaunter,dan kena susun barang,packing buah,letak harga kat barang,susun stok,sapu-sapu,lap peti ais frozen food (which is ridiculous things aku rasa?), letak balik bakul atau troli yg customer sepah-sepahkan,dan sebagainya mengikut perintah bos aku..tapi lepas pukul 4 selalunya kakak-kakak balik opis,so aku kena bukak kaunter balik,sebab org dah ramai..pukul 5.15 aku kena naik opis bos,kira duit untung pulak,hehe aku suka bilik tuh,aircond kuat~

bos kata nanti aku kena OT,tapi aku taknak,sebab aku rasa penat,huhu :'(


pasal customer pulak,macam-macam hal ada,hehe

cerita I:

hari ke 2 aku kerja;

 adik,abang perhatikan dah lama awak ni,lambat lah..tlg cepat sikit eh..kalau awak dapat customer yg baik tak apalah,dyeorg tak kesah..kalau jahat mcm mana?
 erkk,okay bang (padahal aku baru 2 hari kerja,dia kata dah lama perhatikan aku?hurmm)

hari ke 4 aku kerja;

dia dah ngan ngan aku,dan boleh buat gurau pulak brother ni,okay nasib baik abng ni tak poyo sangat (tapi poyo sikit,hehe) . tapi nasihat dia aku ambek lah,so skrg aku cuba cepat-cepat siki bekerja~


cerita II:

hari ke 6 aku kerja;

adik baru kerja sini eh?
erm,ha'ah..kenapa kak?
sabar lah dekk eh
???
kawan akak ramai kerja sini,pastuh berhenti..akak faham perasaan awak,sabar ye



hehe,sebenarnya banyak lagi ragam customers,tapi ni yg paling aku terkesan..brother tuh hari hari datang,sebab dia meniaga..so sertiap hari dia akan datang,dan probability untuk dia bayar kat kaunter aku tinggi..yg kakak tuh pulak,hurmm aku tak sure,tapi aku rasa aku tahu sebabnya ;)

dan hari ni aku heaven sikit,sebab Khamis aku cuti,hooooooreyyyy hoooreeey hooorey (okay,cukup 3 kali hooorey sebab satu hari je cuti,huhu)
 






oh ye,tlg doakan aku,tabah berkerja yeah kawan-kawan,sekian terima kasih :D



first day weh,pakai baju S2AP8,bawak semangat kerja,hehe :)
 

 hai,sayalah kawan baru kiden,hehe :D


 oh ye makcik pakcik kakak abang sekalian,sila perhatikan resit anda,ada nama saya
dan sila berBANGGA sedikit,hehe..


itu sahaja,sekian assalamualaikum :D



p/s: saya merindui kalian,dan awak Mr. Kiden :)




guide us to the straight path,ameen :)

3 comments:

  1. ameen.. baby !! hmm MR KIDEN?? like seriously kiden? hehe HERE ME !! miss you so strong okay! one more thing, wah berwajah baru this blog. GOOD !!

    ReplyDelete
  2. hehe faida :)
    ha'ah,baby kita lahhhh :DD
    i know you're gonna miss me a lot,hehe..
    wajah baru?yeahh for sure :))

    ReplyDelete
  3. yelah faida is here !! :)
    thanks followed my blog..

    ReplyDelete